Friday, June 27, 2014

AYAH DAN BONDA


     Bila bukak je FB masa musim cuti lepas, scroll atas bwh msti byk gambar or status member2 yang melangsungkan perkahwinan. Haishhh. Jelez bila tengok member2 ramai yang dah kahwin terutama dlm usia muda cmni. Bukan setakat tgk gmbar kahwin, ada plak yg post gambar anak lagi tu. MasyaAllah, comel2 anak dorg! Aku ni ble plak nk berlangsung?? Krik krik krik ;p Calon tu dah ada tp masing2 belajar lagi, x mampu lagi nk pikul tanggungjawab yg besar utk bina keluarga sndri lagi. Sebabnya, TANGGUNGJAWAB DEKAT KEDUA ORANG TUA PUN MASIH TAK TERTUNAI!

      Sebenarnya banyak lagi kewajipan yang perlu aku tunaikan sebagai anak pada mak ayah aku. Zaman sekarang banyak aku tengok anak-anak yang lupa jasa dan perngorbanan mak ayah. Tak payah pergi jauh, sekeliling aku pon aku blh nmpk. Ada anak-anak yg x igt jasa mak ayah walaupun mak ayah tu dah berkorban macam-macam utk anak-anak. Benda-benda tu aku ambil iktibar supaya aku sentiasa ingat aku still ada mak ayah yg perlu aku jaga, yg perlu aku balas jasa diorang, yang perlu aku hormat, dan yang perlu aku sayang seumur hidup aku. Aku harap aku sempat untuk balas jasa mak ayah yang dah besarkan aku smpi sebesar ni. Huhuhu. 

       Mak ayah. Doakan anak mak ayah ni jadi anak yang solehah, anak yang x lupa jasa kedua mak ayah, anak yang tahu susah payah mak ayah utk besarkan kami adik beradik dari kecik sampai besar, anak yang x lupa diri, anak yang boleh membanggakan mak n ayah,  dan anak yang sentiasa tahu tanggungjawab tehadap orang tua.

        Banyak perancangan nak buat utk mak ayah bila dah kerja nnt. Tp tu la, keje pon x lagi. Impikan dlu laa semua tu. In shaa Allah klu niat ikhlas, Allah akan permudahkan. *Tiba-tiba rindu mak ayah n semua kt rumah. Huhuhu. :'(

~ sHaRiNg iS CaRiNg ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ hasil penulisan dari hati SITI AQILAH