Wednesday, May 29, 2013

Pengalaman Bekerja



Jumpa lagi kita kat entri yg baru ni. Skrang ni mood b'blogging tu da muncul blik sbb internet dah ada. Duduk rumah aritu internet xde, sebab tu t'bantut segala-galanya. Huhuhu. Kali ni nk lepaskn rindu post entri. Let's begin! Cewaaahhh! Ayat x boleh blah. Hehehe. Entri kali ni qila nak share pengalaman bekerja qila dgn korg. Qila ni bukan jenis yg suka duduk rumah. Tp bukan b'maksud qila ni suka keluar rumah selalu maksudnya bila cuti qila suka cari pengalaman kerja. Bagi qila tak kira la kerja apa pun tp bnde tu akan bg kita pengalaman utk tempuh alam pekerjaan yg sebenar. Course HR yg qila amek ni memerlukan persediaan dr segi fizikal dan mental yg kuat sbbnye HR ni byk b'depan dgn orang. Ok, bukan sorg dua. Tp beribu2 manusia yg akan qila deal pd masa depan. So, kerja2 "sementara" ni la kita blh timba pengalaman.


Start lepas SPM dulu lagi qila dah start kerja untuk isi masa lapang dr t'buang kn. Hehehe. Seingat qila, kerja pertama qila lpas SPM kerja dekat cafe. Nama cafe tu "Dealova Cafe". Amacam? Sedap kn nama cafe qila kerja tu. Hehehe. Tp skang cafe tu xde dah sbb bos qila tu dah pindah KL. Masa keje kt cafe ni, qila duk kat bhgn dapur. My part in the kitchen is to help my boss to prepare all the dishes. Kt cafe ni kebanyakannya semua western food. So, dpt la jugak belajar buat western food tu sume. Tp skang dah lupe dah pun. Rugi-rugi. Huhuhu. Apa yg qila belajar kt sini cara mcm mne kita nk b'hadapan dgn boss yg cerewet. Haaa. Boss qila ni husband and wife. Wife die ok but si husband ni je t'lalu cerewet. Abg amin a.k.a boss qila ni sgt cerewet dlm sume bnde. Pelik kn? Biasanya perempuan yg lebih cerewet dr lelaki tp ni dah t'balik. Kak Y pulak jenis yg sgt cool and dia blh layan budak2 mcm ktorg ni. Baru2 ni ada jumpa dia, masih lagi cantik dan comel. Missed you Kak Y tp x missed kt abg amin sbb dia selalu marah ktorg. Hahaha. Cara nak handle boss yg cerewet ni mcm mne tau. Korg biar je dia nk ckp ape pun. Nak marah ke apa. Tp kalau dah melampau sgt tu lawan la blik x kira bos ke ape kn. Pernah dulu jd kes antara ktorg dgn boss. Sebabnya kdg2 mulut abg amin ni blh tahan laser, tp Kak Y yg rajin back up ktorg. Tu yg buat syg lbh kt Kak Y. Bab2 customer xde mslh. Takde la yg buat perangai mengada2 cerewet bagai. Lame jugak qila keje kt situ sementara nk tggu twrn belajar. Tp last2 masuk f6. :)


Ok, lepas f6 plak lagi byk pengalaman bekerja qila. Lpas STPM qila keje kilang kt Tapah Road. Kilang JK Wire Harness namanya. Kilang ni sebenarnya keluarkan wayar2 kereta jenis Toyota, n so on. Seperti biasa kalau kerja kilang mmg xleh duduk la cite die kn. B'diri jela 8jam and buat la keje yg sama hari-hari. Qila bukan jenis org yg blh wat kerja yg sama hari-hari sbb qila cpt rasa bosan. Tambah pulak hari-hari kena b'gelumang dengan wayar-wayar kereta yg b'selerak tu. Silap masuk wayar hancur la kereta tu. Kilang ni kilang Jepun. So, peraturannya ketat la sikit. Kat sini nk makan dgn solat pun mcm t'kejar2. Kerjanya pun penat. Last2, sebulan je b'tahan kt sini sbb dpt keje lain. Ooyeaahhh! :)


Lepas keje kilang tu qila keje dkat kedai bunga pulak. Keje kt sini best la jugak sbb kwn sekerja pun best. Tiba2 rindu pulak kt amoi cntik sorg tu. May namanya. Mmg rapat dgn dia la pun. Bab2 gosip pun blh tahan jugak amoi ni. Ktorg selalu buat jahat bila boss xde. Curi2 keluar la, melepak kedai sebelah lah, and tentu-tentu lah x buat keje bila boss xde. Makan gaji buta je tahu. Hehehe. Tp yg susahnya kerja kt sini bila nak solat. Bukannya ada sediakan bilik solat pun. Cuma kt kedai ni ada fitting room je sbb ada jual baju jugak. Kt situ la tempat qila solat. 1st solat tu boss plak dtg. Dia tnya May, "Siti mana?". May cakap "Siti dkat dlm,sembahyang la boss". Lpas je qila keluar dr fitting room tu boss direct ckp, "Siti, u jgn sembahyang sini haa. Saya xmau campuk2 itu sembahyang punya. Saya pun  sembahyang jugak maa". Korg phm x ape yg qila cuba smpikn ni? Boss qila x bg solat kt kedai tu sbb katenye kt kedai tu pun  dia sembahyang jugak, penyudahnya dia suruh sembahyang kt masjid. Bapak la die! Masjid jauh kot. X la jauh sgt tp die bg masa bpe lama je pun. Lama2 kt luar kang bising pulak. Masa tu nasib baik kedai sebelah tu kedai melayu, tumpang solat kt situ jela. Lama jugak qila keje situ. Dekat 7 bulan. Pastu qila berhenti pilih utk berhenti sbb penat and rasa x b'baloi sbb gaji selalu kena potong tanpa sebab. Boss yg ni kedekut la pulak. Huhuhu. Lagi satu qila b'henti sbb boss qila x bg solat. Dia kata amek masa byk bila solat and tu sbb dia ptg gaji. So, I make a decision to resign. Seriously bila bab2 solat ni dibuat main2 qila rasa better qila berhenti  Duduk rumah lagi bagus. Berapa hari sblm b'henti tu boss qila blh ckp cmni. "Siti, u bila pekerja baru masuk u xpayah sembahyang laa. Nanti haa dia ikut mcm u susah saya ooo". Hahhh! kalau korg kt tmpt qila ape korg rasa?? Gila punya tokei! Huhuhu.


The best part ever! Keje 7E. Cuti baru-baru ni la qila start keje. Seriously smpi skang rindu nk keje balik. Rindu nk keje dgn kwn2 dgn yg t'syg. Keje 7E ni mmg penat sbb shift x selalu sama. Selalu tukar shift. Tambah pulak klu xde staff, mmg kena OT jela kejenye. Keje 7E ni x susah mana pun. Just receive brg or CDC, jaga gondola masing2, return brg, kira rokok, buat price tag, buat shelf tag, jaga pos, top up brg, buat cleaning and so on. Term2 tu hanya org 7E je yg fhm. Hehehe. Dlm byk2 shift yg qila suka, qila suka shift pg sbb rasa sekejap je. Pukul 3 dah blh balik. Kalau shift ptg dgn malam bapak rasa lama giler nk abes shift.Kawan-kawan pun semua best2. Kak ila yang byk ajar psl kerja2 ni semua. Die dah mcm expertise je keje kt 7E. Mmg patut naik jadi MT pun. Hehehe. Adi, bob, kak lydia, kak aimi, afia and the special one, my love! Rindu korg sgt2. Nk keje blik boleh x? Keje kt sini mmg enjoy habis. Gelak je kejenye. Kawan-kawan semua sporting giler. Banyak benda yg qila belajar kt 7E ni sbnrnya. Teamwork tu pntg. Bak kata kak Aimi, jgn selfish. Hohoho. Haaa. The most important part, punctuality! Kita bila kerja punctuality tu kena ada. Jgn la masuk keje lambat2 smpi org lain yg nk tukar shift tu kena tggu pulak. Seriously qila x suka org yg x punctual dgn waktu  ni. Sbb akan menyebabkan org lain yg susah. Tu bab2 staff, yg ni bab2 customer plak. Ada sorg customer ni selalu buat hal. Dia buat kaunter tu jd sesak sbb duduk fikir ape ntah lama sgt kt situ smpi org lain x blh nk bayar. Ada je mslhnye, mahal la ape la padahal bnde tu la yg dia beli hari2. Mabuk ke ape xtau la. Macam2 perangai boleh jumpa kt sini. Hmm, seriously missed you guys! especially my love. Rindu nk keje sama2 dgn FN. Rindu nk tgk dia senyum smpi x nmpk mata! Tu la, sepet sgt. Xpela, ada rezeki kita jumpa ag ye kwn2. Tunggu qila cuti nnt qila dtg 7E. :)


p/s : Qila perlu b'hadapan dgn ramai org sbb bidang HR ni memerlukan qila b'komunikasi dgn org bukan dgn mesin ok. Nak xnk nnt kena byk b'sabar melayan karenah org. Semoga qila cepat grad and dpt keje yg bgus dlm bidang ni.Doakan ye kwn2.  :)



~ sHaRiNg iS CaRiNg ~

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan pesanan ok budak cumel! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT @ hasil penulisan dari hati SITI AQILAH